Home Berita PAS Perlis

Balu Allahyarham Nizuan terima manfaat SkimPAS

297
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

KANGAR, 2 Mac: PAS Kawasan Kangar semalam telah menyerahkan manfaat SkimPAS kepada keluarga Allahyarham Mohd Nizuan Nawi di kediamannya di Kampung Abi Padang Machang, di sini.

Allahyarham Nizuan yang merupakan seorang aktivis parti telah meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Serahan replika cek bernilai RM10,000 telah disampaikan oleh Pengerusi LKK PAS Negeri Perlis, Wan Hassan Ismail kepada balu Allahyarham yang juga wartawan Harakah iaitu Noor Sara Mashitoh Mohd. Hanif.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, Ketua Muslimat PAS Kawasan Kangar, Nor Hasmayati Che Me dan Pengerusi LKK DMPK Kangar, Che Kamariah Che Kassim.

Menurut Wan Hassan, beliau berharap lebih ramai lagi ahli PAS menyertai skim berkenaan kerana tujuan SkimPAS diwujudkan adalah untuk menjaga kebajikan ahli dan juga ahli keluarga mereka sekiranya berlaku musibah.

“Skim Perlindungan Ahli PAS (SkimPAS) mula diperkenalkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Pusat pada tahun 2014 telah memberi manfaat kepada ahli-ahli PAS yang ditimpa musibah seperti kematian dan kemalangan.

“Dengan hanya mencarum sebanyak RM55 setahun, pelbagai manfaat akan diperoleh, sekali gus dapat meringankan beban waris,” katanya ketika ditemui di sini.