Oleh : Nur ‘Iffah
KANGAR : Alam Ria PASTI Negeri Perlis yang akan diadakan pada 11 Ogos ini bakal menyaksikan pertembungan hebat para finalis daripada tiga kawasan iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.
Venue pertandingan telah ditetapkan iaitu dua lokasi iaitu di Balai Islam MADI dan SRI Al Furqan, Jejawi Dalam, Perlis.
Sebanyak lapan acara iaitu Pertandingan Azan, Kalam Jamaie, Nasyid, Khutbah, Hafazan, Pidato, Bercerita dan Sajak dipertandingkan manakala pertandingan dijangka bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Sepanjang penganjurannya, Alam Ria PASTI telah berjaya melahirkan ramai peserta yang berbakat dan berkebolehan dalam pelbagai bidang sekaligus menyerlahkan kemampuan institusi pendidikan milik PASTI ini dalam mendidik dan membentuk para pelajar yang cemerlang serta berdaya saing.
Para peserta yang berjaya dalam Alam Ria PASTI Negeri Perlis nanti akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Ogos sehingga 1 September 2018 nanti.