Home Artikel PAS Perlis

Alam Ria PASTI Negeri Perlis Dijangka Sengit

873
SHARE

ARAU : Alam Ria PASTI Negeri Perlis yang akan diadakan pada 29 Julai ini bakal menyaksikan persaingan sengit para peserta PASTI daripada 3 kawasan, untuk mewakili PASTI Negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Venue pertandingan bagi peringkat negeri Perlis adalah di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi Dalam, Arau, Perlis.

Alam Ria PASTI adalah program tahunan berbentuk pertandingan dalam acara-acara seperti Kalam Jamaie, Nasyid, Khutbah, Pidato, Hafazan, Bercerita dan banyak lagi.

Objektif utama penganjurannya adalah bagi mencungkil bakat para pelajar PASTI menerusi acara-acara yang dipertandingkan, selain mewujudkan platform kepada mereka untuk bertanding secara sihat.

 Para peserta yang berjaya, akan terpilih mewakili PASTI Negeri Perlis ke Alam Ria PASTI Malaysia yang akan berlangsung di Kompleks Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 18 dan 19 Ogos nanti. 

{jathumbnail off}