Home Rencana PAS Selangor

Al Quran mendahului zaman – Setiausaha DUPN Selangor

73
SHARE

May be an image of text

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Muhammad Najhan Shahir Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Al Quran mendahului zaman dan masa sehingga kiamat. Ayat di bawah cerminan daripada Al Quran yang sudah menjangkakan perbuatan dan sikap di media sosial dan ledakan teknologi maklumat serta manusia yang hidup bersama media sosial.

Tidak semua perkara atau berita yang kita dengar, kita terus menyebarkannya atau berbicara mengenainya melainkan setelah dipastikan kebenarannya dan kesahihannya.

Ia perlu dipandu dengan al Quran.

وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا

[Surah An-Nisa’ 83]

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

8 Oktober 2021 | 1 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor