Home Kenyataan Media PAS Perlis

Al-Quran Kunci Penyatuan Ummah

619
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

AL QURAN KUNCI PENYATUAN UMMAH

1. Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai prinsip dalam menentukan hala tuju dan gerak kerja untuk membina masa depan ummah yang sejahtera.

2. Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan politik dari semasa ke semasa akan ditentukan oleh kepimpinan peringkat tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama’ PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

3. Al-Quran diturunkan kepada sekalian makhluk sebagai panduan untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat kelak, justeru, barangsiapa yang mengambil isi Al – Quran keseluruhannya sebagai panduan, nescaya mereka akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Al Quran juga sesuai pada setiap masa dan zaman.

4. Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh) merangkumi segala jenis cabang ilmu diatas muka bumi ini meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, budaya, undang-undang dan lain-lain. Maka sebab itulah Islam merupakan cara  hidup yang sesuai kepada semua lapisan masyarakat.

5. DPPNPs sentiasa positif kepada mana-mana pihak yang mengutamakan kepentingan Islam. DPPNPs bersikap terbuka  kepada mana-mana pihak dalam usaha penyatuan umat dalam menegakkan syariat Allah SWT, seiring dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

6. Bersempena Nuzul Quran tahun ini, DPPNPs mengajak semua pihak samada individu atau kumpulan untuk sama-sama menjaga survival  Isam di negara kita supaya masa depan negara kita sentiasa aman dan makmur di bawah cahaya Islam.

Sejahtera Bersama Islam

Mara Menuju Cita

USTAZ MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN

Ketua

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

12 Jun 2017 | 17 Ramadhan 1438H

{jathumbnail off}