Home Berita PAS Selangor

Al Fadhil Ustaz Haji Ahmad Ansory Menemui KekasihNya

1141
SHARE

Dimaklumkan kepada semua yang mengenali Al Fadhil Ustaz Haji Ahmad Ansory @ Khairul Muin Bin Morshid, Mudir Pondok Bustanul A’rifin Labohan Dagang dan Bustanul A’rifat Sijangkang telah kembali¬†mengadap Sang Pencipta pada jam 12.01 tengah malam tadi. Semoga Almarhum Ustaz Ansory ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin.¬†Beliau telah koma selama beberapa hari di Hospital Putrajaya. Beliau telah kembali bertemu Allah S.W.T

“Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka”. Amin…