Home Tinta Ulamak

Akibat Kemunduran Berfikir Dan Bertindak

680
SHARE

AKIBAT KEMUNDURAN BERFIKIR DAN BERTINDAK

Dalam Kitab Mustaqbal ilaaqah Al-Islam Bilgharb karya Dr. Abdul Hamid Al-Ghazali menjelaskan tentang keadaan umat Islam yang tidak digeruni malah tidak dilihat mulia akibat berlakunya takhalluf atau kemunduran pada diri mereka sendiri:

“Sekalipun negara-negara Islam telah mencapai tahap kebebasan berpolitik, pegangan kepercayaan rakyatnya yang tinggi dengan ketamadunan Islam mereka, keyakinan mereka dengan kemampuan tamadun Islam kembali menguasai dengan membawa nilai-nilai akhlak murni, warisan intelek, pandangan saintifik dan kemajuan teknologi. Sekalipun lahirnya gerakan-gerakan Islam yang menggemilangkan, namun kemunduran masih lagi tersungkur pada pemikiran dan lapangan amal”.

Hari ini kemuliaan umat Islam semakin malap. Sepatutnya dengan kecanggihan zaman, umat Islam semakin mulia, sebaliknya mereka begitu mudah masuk ke dalam perangkap musuh mereka. Negara-negara Arab sudah dilanyak oleh musuh Islam akibat kemunduran berfikir mereka. Saudara se-Islam diperangi dan dilabel sebagai pengganas sementara musuh nyata dipertuhankan. Akibatnya, perang saudara tidak berkesudahan semakin menjadi-jadi. Kembalilah kepada Islam!

Asri ed-Diwanie

{jathumbnail off}