Home Berita PAS Perlis

Aidiladha: PASTI Perlis lancar Dana Prihatin

215
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 12 Julai: Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, PASTI Negeri Perlis hari ini melancarkan Dana Prihatin PASTI Perlis.

Dana berkenaan bagi membantu meringankan beban para guru yang terkesan akibat pelaksanaan PKP sehingga kini.

Menurut pengarahnya Asrul Aimran Abd Jalil, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat dalam kalangan guru-guru PASTI yang amat terjejas akibat penutupan sementara operasi PASTI secara bersemuka.

“Lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidiladha, sudah tentu mereka perlu dibantu agar dapat menyambutnya dengan rasa gembira sama seperti insan yang lain.

“Justeru, PASTI Negeri Perlis melancarkan Dana Prihatin PASTI Perlis untuk membantu meringankan bebanan ujian yang ditanggung mereka,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Mereka yang ingin menyumbang katanya, bolehlah menyalurkan wang ke akaun BIMB bernombor 09010010050299 atas nama Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI).

Bukti sumbangan hendaklah dihantar sama ada melalui e-mel di alamat pastiperlis2012@gmail.com atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 0138766463 untuk tujuan rekod.