Home Berita PAS Pahang

Ahli UMNO/BN jangan boikot PRK

50
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

KUANTAN – “Kubu kuat UMNO bukan lagi di Johor, walaupun asal, mula lahir UMNO di Johor tapi Johor bukan lagi kubu kuat UMNO.”

Begitulah ucapan Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching Mohd Tarmizi Yahaya dalam ceramah kelompok di Sungai Abong, Muar baru-baru ini.

“UMNO bukan lagi parti politik perjuangan Melayu, selepas mereka bersama DAP, sokongan kepada UMNO semakin hari semakin hilang, semakin hari semakin jauh, malahan tidak lagi diterima di kawasan bandar, kampung dan juga Felda.

“Kita kena ingat hari ini kalau Melayu terus berpecah, yang akan mendominasi parti-parti Melayu adalah DAP,” kata beliau lagi.

Justeru, beliau mengharapkan agar ahli-ahli UMNO akan keluar mengundi, tidak memboikot Pilihanraya Kecil (PRK), kerana ia akan merugikan orang Melayu Islam sendiri.

Calon DUN Simpang Jeram Pulai adalah Dr. Mazri Yahya, yang merupakan seorang Pakar Perunding Pembedahan Am, Vascular dan Endovaskular di Hospital Pakar KPJ Johor yang juga sebagai Yang Dipertua PAS Negeri Johor.