Home Kenyataan Media PAS Wilayah

ISU BERAS: RAKYAT MENANTIKAN TINDAKAN PENYELESAIAN KERAJAAN

55
SHARE

1- Dunia sekali lagi menjadi gempar apabila kerajaan India mengeluarkan arahan untuk menghentikan eksport beras putih bukan basmati ke seluruh dunia.
2- Keputusan kerajaan India ini menyebabkan negara-negara yang bergantung kepada import beras dari India khususnya mengalami sekatan akses terhadap bekalan beras putih negara.
3- Kerajaan India dikatakan mengambil keputusan tersebut sejak Julai 2023 akibat daripada hujan lebat yang menimpa India sehingga menjejaskan tanaman padi di seluruh India.
4- Kerosakan penanaman padi tersebut menyebabkan India sendiri mengalami masalah bekalan beras sehingga berlakunya peningkatan kadar inflasi yang tinggi dalam negara.
5- Kira-kira dalam tempoh 12 bulan berlaku peningkatan inflasi sehingga lebih 11 peratus. Bagi mengawal masalah ini, India telah memastikan bekalan beras negaranya mencukupi dengan sekatan terhadap eksport beras.
6- Masalah yang berlaku adalah Malaysia antara negara yang bergantung kepada import beras dari India. Menurut laporan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN), pengeluaran beras tempatan hanya mencapai 63% tahap sara diri (SSL) negara.
7- Maknanya, Malaysia memerlukan 37% lagi penghasilan beras untuk kegunaan rakyat Malaysia yang didapatkan dari beras import. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, kita tidak dapat bayangkan natijah yang mungkin berlaku.
8- Realiti yang berlaku, wujud kartel beras yang tidak bertanggungjawab apabila mereka mampu menukar pek beras tempatan kepada pek beras import semata-mata untuk mengaut keuntungan yang lebih. Perkara ini akan menyempitkan lagi rakyat yang kian terhimpit.
9- Dalam isu sekuriti makanan, sasaran DAN (2011-2021) terhadap komiditi beras untuk memenuhi tahap sara diri (SSL) mencapai 69.8% pada 2020 tidak tercapai bahkan tersasar jauh dengan hanya mencapai 63% sahaja.
9- Lebih membimbangkan lagi apabila kerajaan menetapkan sasaran tahap sara diri dalam DAN 2.0 menjelang 2030 adalah pada 80%. Suatu sasaran yang baik tetapi tidak jelas mekanisma perlaksanaannya.
10- Semua perancangan yang tidak konkrit ini dibimbangi hanya untuk meredakan kerisauan rakyat tetapi sebenarnya langsung tidak membantu menyelesaikan isu keselamatan makanan untuk Malaysia.
11- Sedangkan isu keselamatan makanan ini bukanlah suatu perkara yang baru dibincangkan semalam, ianya telah dibincangkan lebih 10 tahun dahulu apabila dunia pernah mengalami krisis makanan pada tahun 2008 dahulu.
12- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa agar pihak kerajaan benar-benar meletakkan keutamaan di dalam mengatasi isu keselamatan makanan yang semakin membimbangkan.
13- Maka, beberapa cadangan solusi terhadap isu ini kami bentangkan di bawah:
a) Kerajaan boleh mengambil semula tanah-tanah yang diberikan kepada individu-individu atau kumpulan kecil yang tidak diusahakan untuk dijadikan ladang-ladang atau sawah bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Islam menggariskan perkara ini termasuk dalam bab ‘ihya al-mawat’ iaitu menghidupkan tanah yang mati antaranya yang dimiliki oleh orang lain tetapi tidak diusahakan tanah tersebut.
b) Pelaburan di dalam bidang teknologi dan inovasi pertanian dan penanaman bagi memastikan bekalan makanan khususnya beras mencukupi dan mampu dibeli orang golongan miskin.
c) Tingkatkan pengeluaran padi di jelapang sedi ada secara lebih intensif melalui penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi terutama di jelapang yang berpotensi untuk dimajukan.
AZMER SYAZWAN BIN AHMAD SUPARMIN,
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.