Home Berita PAS Pahang

Ahli politik teraju GLC – PH-BN lacur janji?

488
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 28 Mac ♦ Kerajaan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) dilihat seolah-olah melacur janjinya apabila melantik beberapa orang ahli politik menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang kini dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Nasional.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP), Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, tindakan ini jelas bercanggah dengan laungan PH di dalam kempen PRU mereka bahawa tiada lantikan politik jika mereka berjaya menerajui kerajaan.

“Adakah PM dan PH sedar yang sekarang mereka sedang melacur kembali ungkapan dan kata-kata mereka sebelum mereka menjadi kerajaan? Jelaslah, cakap tidak serupa bikin. Mungkin bagi mereka manifesto dan cakap-cakap semasa kempen itu bukan kitab suci yang perlu diikuti.

“Kasihan kepada rakyat dan pengundi yang mengundi mereka pada PRU yang lepas, mereka ditipu dan tertipu dengan agenda politik murahan daripada PH dan tidak juga lupa BN,” ujarnya dalam satu kenyataan media DPPNP yang dikeluarkan pada Selasa.

Azlan turut menegaskan kepada orang ramai bahawa PH-BN adalah pakatan yang ‘tak boleh diharap’ dalam menjaga kebajikan rakyat sebaliknya hanya ‘memagar diri bagai aur’ demi kelangsungan survival politik mereka.

Justeru beliau menyeru kepada semua khususnya anak muda agar keluar mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba tidak berapa lama lagi demi kelangsungan nasib rakyat.

“Ayuh anak muda! Keluar mengundi tumbangkan PH. PN menang, kebajikan rakyat terbela,” seru beliau.