Home Berita PAS Wilayah

Ahli PAS digesa pertahan MN, perkasa PN

35
SHARE

Oleh TIA RAZALI

BATU, 31 Julai: Ahli PAS digesa untuk terus mengekalkan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional sebagai sebuah agenda penyatuan dalam mengharungi segala cabaran dan mehnah politik Malaysia.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya, dalam ucapan penutup Kovensyen Penerangan dan Media Baru Wilayah Persekutuan 2021 pada 25 Julai menegaskan bahawa PAS merupakan sebuah entiti yang sentiasa berjuang untuk menegakkan agama Allah melalui kepercayaan aqidah yang sahih bersama perancangan yang benar serta tepat dan sentiasa meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah SWT.

‘’Kita mengetahui bahawa perjuangan ini adalah perjuangan yang benar tetapi, perlu kita ingat, perkara yang benar, jika dilakukan tanpa sebarang sistem dan perancangan, tetap akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, konvensyen yang dijalankan telah membentangkan perancangan yang cukup rapi, dan perancangan ini perlulah dipastikan sampai kepada semua peringkat ahli agar gerak kerja ini difahami dan dilaksanakan oleh semua penggerak.

Beliau turut menegaskan bahawa segala perancangan yang disusun perlulah dilaksanakan bersama-sama dengan pergantungan yang tinggi kepada Allah.

“ Ini adalah masa kita menyelesaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, jangan kita buat kerja Allah. Allah akan memberikan bantuan dan rezeki dari cara yang tidak pernah terbayang oleh kita, itulah tawakkal tertinggi yang perlu kita percaya,” jelasnya.