Home Artikel PAS Wilayah

Agenda Naiktaraf Saliran Demi Keselesaan Penduduk

153
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 Batu dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan telah turun untuk mendengar rintihan penduduk susulan dari laporan longkang yang dipenuhi tanah dan sampah di sekitar Kampung Chubadak Tengah, baru-baru ini.

Pengerusi MPP Sub Zon 2, Abu Bakar Abdul Rahman telah hadir untuk meninjau keadaan di lokasi tersebut bersama Penyelaras Kawasan, Shawalrudin Nawawi dan Penolong Jurutera Pejabat DBKL Cawangan Batu, Norhazizi Zainal.

Menurut Abu Bakar, laporan yang dikemukakan oleh beliau sebelum ini telah mendapat perhatian pihak berwajib dan tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak DBKL ialah menaiktaraf longkang yang sudah rosak itu.

“Selain langkah menaiktaraf longkang terbabit, gotong-royong antara penduduk setempat dan DBKL juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membersihkan sampah dan tanah di situ.

Garis piawaian aktiviti semasa pandemik Covid-19 ini juga akan dititikberatkan oleh semua pihak,” ujar beliau.

Beliau turut berharap permasalahan berkaitan longkang yang membawa pada isu pengaliran air dan pembiakan nyamuk aedes semasa musim hujan lebat ini dapat diselesaikan dengan segera dan sebaiknya.

Agenda Turut hadir ke lokasi adalah Pengerusi Surau Kampung Chubadak Tengah, Haji Azimi Abd Samat dan Timbalannya, Haji Mohd Hanis Abd Malek.