Home Berita PAS Selangor

Agenda kebajikan menjadi keutamaan – PAS Kawasan Sungai Besar

61
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Mus’ab

SUNGAI BESAR, 30 September – PAS Cawangan Sungai Nipah terus mengadakan Program Ziarah Prihatin di sekitar Kampung Sungai Nipah dalam usaha memastikan kebajikan masyarakat dijaga sebaiknya.

Program Ziarah Prihatin ini bertujuan untuk menziarahi penduduk kampung yang uzur dan warga emas. Sebanyak 4 buah rumah telah diziarahi petang ini.

Antara pimpinan yang hadir adalah Ketua PAS Cawangan, Ustaz Ramly Said dan Ketua Penerangan Cawangan, Nazri Sungit.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyerahan bakul makanan sumbangan YB Muslimin Yahaya serta bertanya khabar tentang kebajikan mereka untuk tindakan seterusnya.

Program Ziarah Prihatin ini merupakan aktiviti bulanan PAS Cawangan Sungai Nipah sejak tahun lepas lagi dan diadakan secara berkala.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban keluarga yang diziarahi.” ujar Ustaz Ramly.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor