Home Artikel PAS Pahang

Adun Panching selesai masalah warga emas

489
SHARE

Hasil daya usaha Adun Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya, yang membuka peluang membantu pembayaran bil elektrik seorang  warga emas, orang ramai yang bermurah hati segera tampil membantu.

 

Semalam, Ustaz Tarmizi dalam laman fecebook Pusat Khidmat Adun Panching mendedahkan pengurusan TNB bersetuju menyambung semula bekalan elektrik rumah Makcik Rohayati yang telah dipotong sejak dua bulan lepas.

 

Hasil perbincangan tersebut, Makcik Rohayati perlu membayar RM 1,700.00 daripada jumlah bil tertunggak beliau yang keseluruhannya RM 2,113.14.

 

Serentak dengan itu, Ustaz Tarmizi telah melancarkan kutipan derma bagi membantu beliau.

 

Kini dalam masa terdekat, Ustaz Tarmizi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar berkata, akan menyegerakan pula baikpulih rumah Makcik Rohayati.

 

“Sukacita saya ingin lancarkan derma, Makcik Rohayati mempunyai seorang anak perempuan tingkatan 5 yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Sungai Isap,” katanya.

 

Bagi yang turut ingin membantu, bolehlah bersama menghulurkan sumbangan, sekurang-kurangnya untuk sedikit keselesaan buat anak beliau untuk mengulangkaji pelajaran.

 

Sumbangan boleh disalurkan ke:

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PANCHING

BANK MUAMALAT

06010004266719

 

6011 1100 9240