Terus Membantu Mereka Yg Terjejas Teruk
Pusat Khidmat Adun Jengka terus menggerakkan jentera Pas cawangan-cawangan dan ngo Cakne Rakyat di bawah naungannya turun bertemu membantu rakyat yg terjejas teruk.
Hari ini seramai 43 orang penerima dapat dibantu oleh Cakne Rakyat, samaada mereka datang sendiri ambil di pusat operasi Cakne Rakyat atau team cakne yg turun sendiri menyampaikan barang keperluan asas di rumah dengan pergerakan tidak ramai sebagai mematuhi kawalan pergerakan.
Pas cawangan Jengka 17 juga pagi tadi turut menggerakkan jenteranya menyampaikan bantuan makanan asas kepada mereka yg terjejas teruk di cawangannya.
Ketika sumbangan disampaikan di Jengka 16, petugas kita menemui keluarga miskin 8 beranak tinggal di rumah usang tanpa bekalan elektrik bertahun lamanya. Insyaallah Pusat Khidmat Adun Jengka akan berusaha mendapatkannya.
Pas cawangan Jengka Mahkota tengahari tadi menyediakan pek makan tengahari kepada semua team Alam Flora yg terus bekerja menjaga kebersihan di musim Covid 19 ini.
Manakala di Jenderak Selatan pula, petugas petugas Pas telah siap mengumpul barang keperluan asas untuk diagihkan esok.
Semoga Allah memelihara petugas petugas kebajikan dan kita semua dari dijangkiti virus corona.