Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
8 Oktober 2020 l 20 Safar 1442
- Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan jutaan tahniah kepada PAS Sabah atas lantikan YB Dr. Aliakbar bin Gulasan sebagai ADUN (Dilantik) yang telah selesai majlis angkat sumpah pada pagi tadi.
- DPPNS juga merakamkan penghargaan kepada rakan parti politik bersama dalam GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang terus menunjukkan semangat setiakawan dan kebersamaan dalam mencapai kemenangan pada PRN Sabah baru-baru dengan melibatkan PAS bersama dalam kerajaan yang dibentuk.
- Lantikan ini membuktikan bahawa politik norma baharu yang dibentuk menerusi semangat muafakat adalah kunci utama kekuatan dalam memastikan kestabilan politik negara terus terjamin dari tangan-tangan “jahat” yang cuba menghuru harakan negara ini setelah berlalu episod duka dan hitam yang menyelubungi negara selama 22 bulan pasca PRU 14 yang lalu.
- Semoga semangat setiakawan terus terpelihara dan sekaligus membuktikan bahawa muafakat yang sedang dijalinkan ini masih utuh walau media pro PH acap kali cuba melaga-lagakan antara satu sama lain.
- Tahniah diucapkan sekali lagi kepada PAS Sabah. Semoga dengan lantikan ini menjadi wasilah yang mampu dimanfaatkan untuk Islam dalam mempamerkan keadilan dan rahmat yang diperolehi dari agend Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam
Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor