Home Kenyataan Media PAS Johor

ADUN DAP-PH : Jangan biadap, maaf yang terpaksa

641
SHARE

ADUN DAP-PH GANABATIRAU : JANGAN BIADAP, MAAF YANG TERPAKSA

Telah tular sebuah video yang dimuat turun sendiri di media sosial oleh YB Ganabatirau (Adun Kota Kemuning) baru-baru ini, memaparkan beliau telah memaki hamun beberapa orang penjawat awam dari Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Selangor di khalayak ramai, sungguh tindakan tersebut merupakan suatu sikap yang melampau dan biadap.

Sebagai seorang ahli politik dan juga seorang wakil rakyat, apakah ini contoh yang hendak dipamerkan sebagai pemimpin rakyat?

Kononnya hendak membela nasib rakyat, tetapi dengan sikap yang kasar, ia memperlihatkan akhlak yang buruk dan dianggap sebagai ‘kurang ajar’.

Bagi saya boleh sahaja untuk kita membuat aduan, bantahan dan sebagainya untuk menyatakan ketidakpuasan hati.

Namun, sikap keterlaluan dan melampau hanya menambah burukkan lagi keadaan.

Bukankah dengan mengamalkan budaya timur yang berlemah lembut dan sopan itu lebih baik.

Apatah lagi ianya datang dari seorang pemimpin politik yang sering menjadi perhatian.

Hinggakan, seolah-olah sudah menjadi amalan ahli politik sekarang apabila ditekan dengan masyarakat, barulah permohonan maaf dibuat secara terbuka.

Dan kelmarin, YB Ganabatirau dengan sengaja membuat permohonan maaf dengan ‘menyindir’, yang menampakkan dianggap sebagai ‘terpaksa’ oleh masyarakat.

Mengimbau kembali, rekod pimpinan DAP yang berulangkali sengaja menimbulkan isu-isu yang menunjukkan sikap biadap terhadap para penjawat awam, antaranya seperti isu Tony Pua menyatakan penjawat awam biawak hidup dan membebankan kewangan kerajaan.

Pimpinan DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi yang menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai kucing kurap.

Veteran DAP, Lim Kit Siang menggelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘monyet’ pada 2017.

Insiden di Raub, YB Ronnie Liu yang membuat provokasi menganggu penjawat awam yang sedang bertugas dan dengan sengaja langgar SOP dengan merentas negeri dan sebagainya.

Justeru, saya menasihati YB Ganabatirau untuk memohon maaf secara bersungguh kepada Pegawai JPS yang berkenaan.

Suka saya ingatkan kepada wakil rakyat dan pemimpin terutama dari PH untuk tidak mengulanginya lagi. Dan bersedialah untuk memohon maaf secara bersungguh dan bukan kerana terpaksa.

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)