ADUAN PENDUDUK KAMPUNG TUA DIDENGARI
BAGAN SERAI – YB Tuan Haji Razman Zakaria melawat lokasi aduan penduduk berkenaan permasalahan paip bekalan air di Kampung Tua Semanggol.
Lawatan yang turut dihadiri oleh Jurutera Lembaga Air Perak (LAP) Daerah Kerian, Taiping dan Selama Encik Muhammad Faizal itu bagi mengenal pasti permasalahan sebenar yang berlaku.
Hasil keterangan dari JPKK dan kakitangan LAP Sg.Rawa En. Azhar didapati paip pembekalan utama tersebut merupakan paip lama jenis asbestos di mana kadar ketahanannya tidak lagi dapat bertahan dengan baik.
Justeru pihak LAP telah mengambil perhatian berkait aduan tersebut untuk diselesaikan manakala dari pihak YB pula akan memastikan penyelesaian tersebut dapat dilaksanakan oleh pihak berkaitan.
Menurut JPKK Encik Bakri paip tersebut membekalkan air untuk keperluan kepada 200 buah rumah di sekitar Kampung tersebut.
Turut hadir penghulu mukim Semanggol Encik Mohamad Abdul Razak Abdul Yunus.