Adik Muhammad Syahir Insan Terpilih
15 Februari 2018, Kuala Lumpur : Pada malam 6 Februari 2018 yang lalu, rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah menziarahi 5 keluarga atau waris kepada Syahid Pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz di Dato’ Keramat yang berlaku pada tahun lepas.
Alhamdulillah, sekali lagi tanggal 13 Februari 2018 baru-baru ini, sekali lagi Allah izinkan aktivi ziarah Pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah yang terlibat dalam kebakaran tersebut dan perjalanan rombongan DMPM pada hari tersebut berjalan dengan lancar.
Ziarah kali ini, yang diketuai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Puan Zurina selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPM serta bersama-sama rombongan ahli jawatankuasa DMPM yang lain telah menziarahi Adik Muhammad Syahir di rumah beliau di Jalan Enggang, Keramat Kuala Lumpur.
Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah juga menggelar adik Muhammad Syahir adalah antara insan yang hebat dan seorang tang tabah. Adik Muhammad Syahir antara mangsa kebakaran yang mengalami cedera parah, belakangnya melecur teruk dan patah tulang paha, akibat terjun dari tingkat 3.
Menurut beliau semasa dalam ziarah tersebut, beliau terjun kerana tidak tertahan dengan kepanasan bahang asap. Bahagian belakang yang melecur bukan kerana terkena api, tapi kerana bahang asap. Adik Muhammad Syahir memang anak yang hebat. Apa yang mengagumkan ialah menurutnya lagi; hanya berzikir untuk menahan kesakitan, dengan berkat zikir juga, Allah berikan kesembuhan yang luar biasa.
Selain itu juga, Adik Muhammad Syahir merupakan mangsa yang paling kritikal, bahagian belakangnya yang cedera parah, menyukarkan dia untuk tidur secara berbaring, namun tidur meniarap juga tidak boleh disepanjang proses rawatan kerana tulang paha yang patah. Hanya Allah yang tahu penderitaan yang dialami adik Syahir, dua kesakitan yang berbeza. Habisan ikhtiar yang dapat membantunya ialah dengan memberikan ubat bius bagi menahan kesakitan.
Namun begitu, adik Muhammad Syahir yang hebat ini tidak mahu menggunakan cara tersebut. Ianya suatu yang sangat luar biasa, selain dari ubat bius, dia meminta untuk hanya menggunakan air zam zam dan zikir sahaja.
Satu keajaiban yang berlaku berkat dari yakinnya adik Syahir pada usaha zikir ini ialah, di mana pihak hospital telah berusaha untuk membuat pembedahan sebanyak 2 kali, tetapi keputusan yang dibuat oleh pakar bedah menyatakan kulit adik Muhammad Syahir yang hebat ini tidak perlu kepada pembedahan.
Walaubagaimana pun, sesekali ada terselit perasaan trauma pada adik Muhammad Syahir dengan peristiwa kebakaran itu. Semoga Allah jadikan adik Muhammad Syahir, seorang pejuang agama Allah yang hebat suatu masa nanti, Insya Allah, Allahumma aamiin.