Home Berita PAS Wilayah

Teh Tarik For Malaysia : Bajet Negara VS Bajet Poket Orang Muda

989
SHARE

Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak dengan kerjasama Jabatan Professional Muda Wilayah Persekutuan telah mengadakan Teh Tarik For Malaysia yang mengupas tajuk Bajet Negara VS Bajet Poket Orang Muda.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan terutamanya anak muda. Panel untuk program ini adalah Hj Syahir Bin Sulaiman, Pengarah Strategik Pemuda PAS Malaysia dan Suzardi Maulan, Perunding Perancang Kewangan. Manakala Dr. Rosni Adam telah diamanahkan sebagai moderator program.

Kedua-dua panel menasihatkan anak muda supaya bijak menguruskan perbelanjaan diri mengikut kemampuan dan menyimpan duit untuk kegunaan semasa kecemasan.

Selain itu, saudara Suzardi juga ada menyentuh cara-cara memanfaatkan Bajet 2018 kepada anak muda khususnya golongan anak bongsu iaitu golongan yang mempunyai gaji bulanan bawah daripada RM4000.

#pemudapasbtr
#btrsejahtera
#maramenujucita
#sejahterabersamaislam

Like and follow us on :

Instagram : https://www.instagram.com/pemudapasbtr

Faceebook : https://m.facebook.com/pemudapasbandartunrazak