Home Kenyataaan Media PAS Perak

Bajet 2018 Dan Masa Depan Rakyat Perak 

746
SHARE

Kenyataan Media PAS Perak 
Bajet 2018 Dan Masa Depan Rakyat Perak 

1.Situasi pembangunan ekonomi dan pengurusan kewangan negara telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu benar-benar memberikan khabar gembira dan duka kepada rakyat.

2.Syabas di atas keprihatinan kerajaan memberikan pelbagai insentif kepada rakyat sebagai tanggungjawab namun beberapa aspek perlu dilihat agar ianya tidak sekadar sebuah bajet tahunan.

3.Semestinya bagi rakyat Perak antara yang menjadi penantian untuk melihat bentuk pembangunan ekonomi negara demi manfaat bersama apatah lagi pada tahun 2018 Perak telah dipilih menjadi tuan rumah penganjuran SUKMA.

4.Menteri Besar Negeri Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir telah memberikan indikasi beberapa pengumuman penting , khususnya pembangunan lapangan terbang baru bagi memacu ekonomi Perak beberapa bulan sebelum ini.

5.Lebih mengejutkan berdasarkan Laporan Institutut Penyelidikan Khazanah (KRI) lalu yang mendapati Perak menduduki tempat kedua sebagai negeri termiskin di Malaysia masih tidak dapat dilupakan walaupun dinafikan kerajaan negeri.

6.Menerusi laporan tersebut telah mendedahkan bahawa 21.3 peratus keluarga di Perak hanya memperoleh pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan dan 40 peratus keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan manakala kurang dari 20 peratus, iaitu 18.9 peratus keluarga berpendapatan lebih dari RM6,000 sebulan.

7.Melihat kepada laporan itu ternyata menunjukkan di bawah Barisan Nasional, Perak juga merupakan negeri  mempunyai paling ramai keluarga miskin dengan pendapatan kurang dari RM2,380 sebulan, iaitu sejumlah 122,000 buah keluarga di Perak diletakkan dalam kategori ini.

8.PAS Perak berpandangan dari pembentangan Bajet 2018, Perak masih tidak diberi keutamaan. Khabar gembira kononnya penaiktarafan Lapangan Terbang Ipoh atau pembinaan lapangan terbang baru terus tidak kesampaian.

9.Bajet 2018 membuktikan,Kerajaan DAP Pulau Pinang dan PAS Kelantan mendapat manfaat,membuktikan sokongan pada pembangkang tidak menghalang peruntukan untuk rakyat setempat.

10.Pengurusan kewangan negara semakin tenat bahkan melalui pembentangan bajet 2018 mempamerkan usaha pihak kerajaan menabur pelbagai janji yang akan dinilai sama ada ia hanya sekadar menanam tebu dibibir atau sebaliknya.
“Sejahtera Bersama Islam”

“PAS Memimpin Perubahan”
Haji Razman Zakaria

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
1 November 2017M bersamaan 12 Safar 1439H