Home Berita PAS Terengganu

Pemergian Pn Normaizan Hashim, Isteri YDP PAS Kawasan Kuala Nerus ke Rahmatullah

5540
SHARE

1. Saya sekeluarga mengucapkan Takziah kepada Cikgu Hj ShukrimunShamsudin, YDP PAS Kawasan Kuala Nerus dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Pn Normaizan binti Hashim ke Rahmatullah sebelum jumaat tadi. Semoga semua terus diberikan pahala kesabaran atas ujian pemergian insan tercinta.

2. Moga segala amal kebaktian Almarhumah dalam kerja-kerja dakwah menjadi amalan berkekalan untuk beliau. Seluruh jentera PAS Kuala Nerus mengiringi pemergian beliau dengan doa.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.

3. Saya menyeru seluruh warga Kuala Nerus, teman dan sahabat untuk bersama-sama solat jenazah beliau pada malam ini selepas Isya di surau Al-Mustaqim, Banggol Pauh sebagai iringan akhir untuk Almarhumah yang telah berjasa menggerakkan kerja dakwah di Kuala Nerus.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 9hb Mac 2018.