Home Sekali Serban Dililit

Judi : PPIM Tidak Bersendirian 

16445
SHARE

Sekali Serban Dililit. Siri 79
04 Safar 1439 / 24 Oktober 2017
JUDI : PPIM TIDAK BERSENDIRIAN
Oleh : Nasrudin bin Hassan


1. Judi adalah musuh negara. Tiada agama yang membenarkan judi. Justeru itu, pihak pemerintah mestilah serius membenteras judi. Pihak penguatkuasa juga mesti bertegas dan meningkatkan penguatkuasaan untuk menamatkan pengaruh industri judi yang semakin membarah dalam negara kita.

2. Usaha PPIM memerangi judi amat dibanggakan. PAS bersama PPIM. Insyaallah PPIM tidak bersendirian. Lantaran PAS juga senantiasa konsisten dalam memerangi teras kemungkaran dalam negara ini.

3. Malah saya menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira apa agama dan bangsa supaya bangkit dengan penuh sedar dan insaf untuk memerangi judi dan petualangnya hingga ke akar umbi.

4. Jangan biarkan tamadun negara dibinasakan angkara judi dan pengusahanya yang mengaut keuntungan di atas penderitaan dan kesengsaraan mereka yang terjebak dalam kancah perjudian.

5. Malaysia mesti bebas dari bahang panas judi yang merosakkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Judi inilah yang melahirkan permusuhan dan persengketaan sesama manusia. Akhirnya mengundang ancaman kepada pihak yang tidak bersalah seperti anak isteri dan masyarakat sekitar.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.