Hamasah asSyabab Wal Hikmah asSyuyukh
قال النبي:
يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ
Tuhanmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah [HR. Ahmad]
Shabwah adalah kecondongan untuk menyimpang dari kebenaran.
Hamasah yang menggelora ini melahirkan keberanian dan kekuatan. Kerana kekuatan tanpa keberanian akan selamanya bersembunyi dalam diam. Kekuatan tanpa keberanian juga membuat gerakan menjadi mundur, dan tiba-tiba momentum lalu tak termanfaatkan.
Didalam Sirah, kita menyaksikan kebangkitan dan kekuatan pemuda Islam di saff hadapan. Mereka yang mempunyai semangat yang tinggi, kekuatan fizikal dan mempunyai cita-cita yang besar untuk Islam
Sewaktu di Mekah dan Madinah , Nabi Muhammad SAW dikelilingi oleh golongan muda dan memberi sokongan idea yang besar kepada Nabi Muhammad.
Sahabat muda yang bersama dengan Nabi Muhammad SAW, seperti Saidina Abu Bakar berusia 38 tahun, Saidina Umar ketika memeluk Islam berumur 27 tahun, Talhah bin Ubaidillah berusia 16 tahun, Mus’ab bin Umair berusia seawal 20an, al-Arqam bin Abi Arqam berumur 16 tahun, Ali Bin Abi Talib, Ammar bin Yassir, Khabab al-Arrat dan sahabat yang lain.
Usamah bin Zaid juga diantara panglima muda dalam usia 20-an diberi kepercayaan memimpin angkatan tentera Islam bersama sahabat yang lebih dewasa.
Dalam satu peperangan, ketika Abdul Rahman bin Auf didalam barisan beliau melihat ke sebelah kanan didapati kebanyakan anak–anak muda, beliau melihat ke sebelah kiri juga adalah rata–rata anak muda.
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
(surah Ahzab 23)
Hari ini, Realitinya, ada di kalangan orang muda sekarang yang hanya diam dan menunggu arahan. Tidak lansung menggunakan jiwa dan semangat mudanya untuk memberi idea dan penambahbaikkan untuk dakwah dan harakah. Bahkan ada di kalangan mereka yang yakin dengan pendirian mereka ini yang kononnya sebagai golongan tidak ‘isti’jal’ (tergesa-gesa).
Golongan muda harus dengan semangat dan idea, dan dipandu segalanya dengan kehikmahan dan pengalaman dari golongan yang berpenglaman.
Sepatutnya anak muda hari ini, menjadi tonggak utama agama islam dan menjadi benteng kepada agama islam. Anak muda juga seharusnya berperanan melaksanakan agenda yang di bawah oleh Islam bukanya menjadi perosak kepada agama Islam itu sendiri.
Anak muda Ashabul Kahfi tetap menyatakan pendirian mereka walaupun berhadapan dengan pemimpim yang taghut. Walaupun mereka diugut untuk dibunuh tetapi tetap menyatakan yang benar. Mereka berdoa:
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
(surah Al Kahfi 10)
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali R.A
Saidina Ali r.a. telah menunjukkan bahawa, jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa kini kerana mereka merupakan waris kepimpinan negara pada masa akan datang.
Golongan veteran sepatutnya memberi sokongan dan dorongan kepada golongan muda. Bukan menyekat buah fikiran mereka. “Budak ni masih mentah lagi” , “Baru setahun jagung duduk dalam organisasi” bermacam-macam lagi kata-kata golongan veteran kepada golongan muda bagi melemahkan semangat mereka untuk berfikir dan melontarkan idea.
Maka golongan muda hanya menjadi orang yang diam dan membuta tuli semata-mata tanpa memberi buah fikiran. Golongan muda dan veteran saling memerlukan untuk meneruskan agenda Islam.
Semoga semangat orang muda dan kebijaksaan orang veteran terus menjadi pencetus kekuatan Islam.
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً، فَقَالَ: يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ [رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح وفي رواية غير الترمذي: احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنَّ الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً].
Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata: Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah.Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.”(HR. Tirmidzi).
Mohamad Farouk Hamzah