2 Feb 2018, Wangsa Maju – PAS Kawasan Wangsa Maju hari ini telah mengedarkan sebanyak 1500 naskah sisipan harakah di dua lokasi iaitu di Masjid Usamah bin Zaid, Seksyen 2 Wangsa Maju dan Masjid Ibnu Abas, Taman Ibu Kota.
Program mingguan ini merupakan yang ketiga diadakan selepas Jabatan Pilihanraya Pas Pusat (JPPP) menerbitkan risalah penerangan umum ini untuk edaran secara percuma.
Ianya memberi ruang kepada pimpinan PAS kawasan untuk mendekati masyarakat tempatan secara dekat khususnya para pengundi di Parlimen P116 Wangsa Maju ini.
Penerimaan warga Wangsa Maju kepada PAS sangat baik dan memberangsangkan walaupun dikalangan bukan ahli PAS, ujar Izamuddin Ludin, Timbalan Yang Di Pertua merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Wangsa Maju.
Turut serta adalah Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan.
Tambah beliau, PAS Wangsa Maju tetap optimis untuk mendekati masyarakat tempatan sama ada mereka penyokong PAS atau pun tidak sesuai dengan gagasan terkini yang diperjuangkan PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).