BANDAR TUN RAZAK, 2 Mac: Pemuda PAS telah mengadakan siri ke dua Program Jelajah Masjid di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak anjuran Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat tempatan di sekitar Bandar Tun Razak dan memperkenalkan pimpinan PAS Bandar Tun Razak kepada masyarakat tempatan.
Program ini sememangnya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat tempatan.
Antara aktiviti yang diadakan semasa program ini dijalankan adalah edaran makanan dan risalah percuma.
Lajnah kebajikan amat mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa yang berminat untuk menjayakan program bersiri ini dengan menghubungi saudara Anuar di talian 013-2675187.