PENGUMPULAN BARANG-BARANG TERPAKAI
TITI GANTONG : Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar(LPAS), Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit telah mengadakan perasmian program pengmpulan barang-barang terpakai di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Parit, 18 Oktober.
Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Najihatussalehah, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit. Beliau mengajak semua supaya bersama-sama kita merealisasikan program ini bagi mencapai sasaran peringkat negeri iaitu “Kempen Perak Hijau”. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa DMP kawasan Parit.
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran alam dan mengawal penyakit daripada merebak.