Home Pedoman Haraki

Hidup Bertolarensi Atau Berdakwah Dengan Kaum Yang Berbeza

1184
SHARE

 

HIDUP BERTOLARENSI ATAU BERDAKWAH DENGAN KAUM YANG BERBEZA

Rasulullah diutuskan untuk berdakwah kepada masyarakat Arab Jahiliyyah beriman kepada Allah. Seruan dakwah ini telah menimbulkan kegemparan dalam kalangan mereka kerana dakwah baginda ini berbeza dengan gaya hidup, adat dan nilai yang dipegang oleh masyarakat arab Jahiliyah pada ketika itu. Mereka memarahi dan menentang kerana baginda membawa sesuatu yang bercanggah dengan gaya hidup mereka.

Rasulullah memang menjangkakan penentangan dari Kaum Musyrikin terhadap dakwah baginda. Ini telah disebutkan oleh Waraqah bin Naufal ketika baginda pulang dari Gua Hira’ selepas menerima wahyu yang pertama. Oleh sebab itu, baginda menyusun dakwah di peringkat awal dengan menubuhkan markaz pertama di rumah Darul al-Arqam al-Makhzumi. Baginda merahsiakan dakwah dan merahsiakan orang-orang yang memeluk Islam.

Kalau baginda ingin hidup harmoni dengan orang Mushrikin, baginda berkompromi dan hanya meneruskan gaya hidup sebagaimana sebelum menerima wahyu. Tetapi, selepas baginda menerima wahyu dan ditugaskan untuk menyampaikan risalah Islam, baginda ditentang. Ini bermakna, dakwah akan menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat. Ya, ini merupakan suatu tuntutan biarpun menimbulkan kegelisahan. Oleh sebab itu, semua para rasul hidup mereka penuh dengan cabaran, tekanan dan tragis.

UTAMAKAN DAKWAH, DIIKUTI DENGAN TOLERANSI KERANA DALAM DAKWAH ADA TOLERANSI

Allah berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya kami utuskan pada setiap umat itu seorang Rasul, mengajak beriman kepada Allah dan menghapuskan taghut. al-Nahl: 36

Dr. Muhamad Faisal