Home Berita PAS Selangor

DPPNS | DAP Biadap & Sombong, Hormati Saranan Pihak Berkuasa

1085
SHARE

PIMPINAN DAP BIADAP DAN SOMBONG :
HORMATI SARANAN PIHAK POLIS DAN BANTAHAN MASYARAKAT AWAM

1. Makin menjadi “mabuk” pimpinan DAP bilamana menggesa agar Pesta Arak diluluskan. Sudah tidak peduli bantahan yang dibuat oleh masyarakat awam serta saranan pihak Polis. Pimpinan DAP sememangnya biadap dan sombong. Ayat ini membidas kenyataan yang dibuat oleh YB Teng Chang Khim Naib Pengerusi DAP Selangor yang terbaru berhubung komen beliau agar PAS tidak menyibuk isu Pesta Arak ini.

2. Teng juga dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan bahawa pihak penganjur telah mendapat keizinan dari pihak Polis. Tetapi telah dinafikan oleh oleh Ketua Polis Klang. OCPD Klang memaklumkan bahawa permohonan sebelum ini pihak penganjur hanya menyatakan akan mengadakan pesta makanan dan minuman. Tetapi sebenarnya adalah Pesta Arak. Rupanya Teng mabuk terlebih awal sebelum meminum arak. “Jangan engkau yang minum arak, tapi kata orang lain yang mabuk. Memang tidak boleh percaya cakap orang yang minum arak”.

3. Dewan Pemuda PAS Selangor juga mengucapkan *TAHNIAH* kepada OCPD Klang Utara iaitu AC Tuan Mazelan Paijan atas ketegasan beliau untuk tidak bersetuju dengan penganjuran ini. Respon Tuan Mazelan adalah melihat mudarat dan kesan negatif yang akan berlaku dalam “kawasan” dibawah seliaan beliau dan kawalan keselamatan sekitarnya akibat jika Pesta Arak ini diteruskan.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
10 Muharam 1439H | 1 Oktober 2017