SYAIR FASTAQIM
Oleh: Asri ed-Diwanie
الحَمْدُ لِلهِ نَعْبُدُهُ وَنَخْشَاهُ#
مِنْ أَيِّ فِعْلِ رَدِيْءِ القَصْدِ نَأْبَاهُ
الحَمْدُ لِلهِ مَا سَارَتْ بِنَا قَدَمٌ#
وَمَا خَطَوْنَا إِلَّا لِرَفْعِ الدِّيْنِ أَعْلَاهُ
فَاسْلُكُوا سَبِيْلَ الرُّشْدِ وَاعْتَزُّوْا بِدِيْنِكُمْ#
فَمَعَ حِزْبِ المُسْلِمِيْنَ فَمَا ضَلُّوْا وَمَا تَاهُوْا
وَالْقَلْبُ إِنْ سَارَ نَحْوَ النُّوْرِ يُؤْنِسُهُ#
وَإِنْ مَشَى فِيْ ظَلَامِ البَغْيِ أَعْمَاهُ
يَاأَيُّهَا النَّاسُ أَوْفُوْا بِالْبَيْعَةِ وَلَا#
تَبَدَّدُوْا العَهْدَ إِنَّ الْعَهْدَ نَرْعَاهُ
عَجِيْبٌ لِلْمَرْءِ آمَنَ ثُمَّ بَدَّلَ سَبِيْلَهُ#
قَدْ تَجَلَّى الحَقَّ ثُمَّ غَرَّتْهُ دُنْيَاهُ
فَاقْتَدِيْ فِي المِحْنَةِ بِرَسُوْلِ اللهِ مُبْتَهِلًا#
رَبَّاهُ نَصْرًا عَزِيْزًا أَنْتَ مَوْلَاهُ
وَإِنْ طَالَ لَيْلُكَ فَاسْتَقِمْ سَبِيْلَ الْهُدَى#
وَارْفَعْ يَدَيْكَ وَقُلْ رَحْمَاكَ رَبَّاهُ
وَإِنْ تَجَاوَزَ خَصْمٌ حَدَّهُ وَبَغَى#
فَالْجَأْ إِلَى اللهِ يَحْمِي حِزْبَكَ اللهُ
مَنْ ذَاالَّذِيْ أَوْهَنَ الأَعْدَاءَ مِنْ عَدَدٍ#
وَعُدَّةٍ لِيَحِقَّ الحَقَّ وَزَهَقَ البَاطِلَ إِلَّاهُ
فَاسْتَقِمْ أَيُّهَا المُجَاهِدُ كَمَا أُمِرْتَ#
حَتَّى يَأْتِيَكَ اليَقِيْنُ فَاعْبُدْهُ
✔Segala puji bagi Allah kita menyembah-Nya dan takut akan kemurkaan-Nya. Daripada segala perbuatan yang ada niat tidak baik kami sekali-kali tidak melakukannya.
✔Segala puji bagi Allah yang memperjalankan kaki kami serta menyusun langkah hanya untuk menjulang tinggi dan memertabat Syariat-Nya.
✔Maka berjalanlah diatas jalan lurus dan muliakanlah agama kamu. Bersama Parti Islam, pasti kamu tidak akan sesat dan hilang arah tuju.
✔Hati apabila berjalan dengan cahaya akan menjernihkannya dan sekiranya berjalan ditengah kegelapan sudah pasti akan membutakan matanya.
✔Wahai manusia, tepatilah akan baiah dan sekali-kali jangan dilanggar perjanjian itu. Sesungguhnya setiap janji itu kami tetap peliharanya.
✔Sungguh pelik orang yang sudah mengaku beriman kemudian menukar jalan perjuangannya. Sedangkan kebenaran sudah tampak jelas namun kemudiannya dia ditipu oleh dunianya.
✔Maka contohilah Rasulullah S.A.W ketika menghadapi ujian Baginda mengadu kepada Allah. Lantas Engkau Ya Allah menolong serta mengurniakannya kemenangan yang mulia.
✔Sekalipun tersangat panjang waktu malam-mu, teruslah beristiqamah diatas jalan petunjuk. Tadahlah kedua tanganmu dengan iringan “berilah kasihan belas-Mu” wahai Tuhan Muhammad.
✔Sekiranya musuh melampaui batas dan sangat keterlaluan. Maka kembalilah mengadu kepada Allah, pasti Dia akan menjaga parti-mu.
✔Siapakah yang menghina dan menghancurkan musuh? sekalipun bilangan mereka ramai dan persediaan mereka ampuh! Untuk memperlihatkan kebenaran itu adalah benar dan meruntuhkan kebatilan, hanyalah dengan kuasa Allah sahaja.
✔Maka beristiqamahlah wahai para mujahid sebagaimana yang diarahkan. Dan abdikan diri kepada Allah sehingga datangnya keyakinan dengan meraih kemenangan.
➰(Syair ini telah dibaca oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada 04 Muharram 1437H sempena Himpunan Fastaqim 1.0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)