Ikhlas, Taqwa Dan Sabar Walaupun Bilangan Sedikit
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ
ثُمَّ أَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنزَلَ جُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Surah At-Taubah, 25 – 27
Ghazwah Hunaian telah membuktikan bahawa tentera Muslimin yang ramai bilanganya juga tidak dapat membantu jika mereka bersifat tidak sabar dan bertaqwa. Berbeza pula, pada Ghazwah Badar yang sudah terbukti bahawa bilangan tentera Muslimin yang sedikit boleh menghadapi musuh yang ramai bilangannya dengan syarat mereka sabar dan bertaqwa.
Bilangan Muslimin dalam Ghazwah Badar sangat sedikit iaitu 313 berbanding mana-mana peperangan. Tetapi ia tidak menjadi halangan dan tidak mudharatkan mereka untuk berperang. Keislaman mereka sangat tulen, akidah benar dan iman mereka kukuh kepada Allah dan RasulNya. Dan disebaliknya dalam Ghazwah Hunain, bilangan tentera Muslimin lebih ramai daripada Ghazwah Badar iaitu 12000 tentera .
Bilangan yang ramai tidak memberi sedikit pun manfaat kepada Islam. Jika hanya bilangan yang ramai tetapi iman tidak kuat dan kukuh berpaut pada jiwa. Makna dan pengertian islam belum diterap masuk dalam lubuk hati mereka. Ramai bilangan tentera Muslimin dalam Ghazwah Hunain hanya menggabungkan tubuh badan sahaja tetapi jiwa dan hati mereka masih pada dunia.
Disebabkan itu, ramai tentera Muslimin dalam Ghazwah Hunaian gugup, kalah, bertempiaran lari dari medan. Tetapi orang mukmin dari golongan Samrah , ansar dan muhajirin bila mana mendengar panggilan dari Rasulullah mereka mereka tidak berlengah-lengah lantas terus mengelilingi Rasulullah dan bertempur dalam tarungan yang sengit dan hebat. Walhal bilangan tentera pada waktu itu tidak melebihi 200 orang.
Dengan hanya jumlah yang kurang dari 200 itu sahaja menjadi kemenangan kepada tentera Muslimin. Allah mencampakan rasa ‘sakinah’ dalam hati dan jiwa mereka. Walaupun dipermulaan peperangan tentera Muslimin memiliki jumlah 12000 tentera pejuang yang gagah.
Mohamad Farouk Hamzah