Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

PAS Bergerak Bersama Gagasan Sejahtera

603
SHARE

PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi PRU ke 14 sedang PH berantakan bergaduh sesama sendiri. UMNO/BN juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka. PAS perlu kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara.

Menyokong dasar yang baik. Menentang dasar yang silap. GST adalah dasar yang salah yang menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara. Penglibatan dengan riba dalam pengurusan kewangan kerajaan menghilangkan BARAKAH ekonomi. Rasuah adalah buah dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia. Skandal kewangan 1MDB, FOREX, PERWAJA, BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam. PAS perlu terus maju membawa moto “Sejahtera Bersama Islam”.

Dr Khairuddin at-Takiri
28.8.2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1695073583835998&id=569086473101387

{jathumbnail off}