Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Aurat dan Akhlak Harus Seiring

2628
SHARE

AURAT DAN AKHLAK HARUS SEIRING : AMEERAH MALAYSIA 

1. Rata-rata rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan seorang artis muslimah, Neelofa melancarkan jenama tudungnya di kelab malam baru-baru ini. Umum mengutuk pemakaian tudung namun diiringi tarian terkinja-kinja yang nyata tidak sopan.

2. Ameerah Malaysia memuji keputusan ramai artis wanita Muslimah masa kini yang memilih untuk berhijab, lantas dengan pengaruh mereka sebagai selebriti memberi kesan yang besar kepada peminat.

3. Namun Ameerah Malaysia juga berpandangan bahawa memelihara aurat haruslah seiring dengan tanggungjawab memelihara akhlak dan segala yang terkait dengan maruah seorang Muslimah.

4. Muslimah yang sudah indah menutup aurat adalah lebih indah lagi bila terpelihara akhlaknya. Namun alangkah kontradik nya pemakaian tudung dengan sikap yang mengundang fitnah. Semestinya kita khuatir jika budaya kontradiksi seperti ini akan semakin menular dan menjadi kebiasaan anak-anak muda yang meminati artis terbabit.

5. Rasulullah saw bersabda:

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ – { إنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ ، وَالْحَرَامَ بَيِّنٌ ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ ، لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ ، فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ …} مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Dari An-Nu’man bin Basyir berkata, saya mendengar Rasulullah saw, bersabda, ”Sesungguhnya yang halal itu jelas , dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya adalah sesuatu yang syubhat, sebagian manusia tidak mengetahuinya.

Siapa yang menghindarkan diri dari syubhat, maka dia telah menjaga agama dan kehormatannya. Siapa yang jatuh pada yang syubhat, maka jatuh pada yang haram.” (Muttafaqun ‘alaihi).

6.Ameerah Malaysia mendoakan Neelofa diberikan kesedaran dan seluruh wanita Muslimah di negara ini akan semakin baik akhlak dan ketaatan kepada agama. Sesungguhnya Islam telah memuliakan wanita, janganlah dicemarkan kemuliaan itu dengan sikap kita yang mengambil mudah batasan agama.

7. Allah Taala berfirman:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

”Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (As-Syuraa : 30)

Sejahtera Bersama Islam

Husna Hashim
Pengarah Ameerah Malaysia

28 Februari 2018
12 Jamadil Akhir 1439H

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Jemput Subscribe Media Rasmi Kami :

? Subscribe Messenger Gram
? https://telegram.me/AmeerahMalaysia
? @AmeerahMalaysia
? Like Twitter Ameerah Malaysia
? https://www.twitter.com/AmeerahMalaysia
? Like Facebook Ameerah Fan Club
? https://www.facebook.com/AmeerahMalaysia
? Follow Instagram Ameerah Fan Club
? https://www.instagram.com/Ameerah_Malaysia_Official

#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPas
#AnakMudaSokongPas