Kementerian Pendidikan perlu mengiktiraf kedudukan guru sama seperti golongan doktor bagi membantu merawat penyakit sosial dalam masyarakat yang begitu gawat sekarang.
Guru adalah pendidik yang mempunyai peranan yang besar dalam membentuk sahsiah generasi muda khususnya dalam mencegah gejala yang tidak sihat dari terus menular.
Golongan guru perlu diiktiraf sama dengan doktor bagi merawat penyakit sosial yang kian teruk saban hari dan tugas ini bukanlah semudah yang disangka kerana ianya merupakan masalah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Pihak guru perlu diberi ruang untuk berada pada tahap yang lebih mudah dicakupi pelbagai pihak bagi memastikan peranan mereka lebih berkesan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Peranan guru tidak boleh lagi dianggap kecil dan mudah kerana pendidikan ini menekankan konsep mencegah lebih baik dari mengubat.
Apa yang penting, pendekatan pendidikan di bandar dan di luar bandar perlu seiring kerana budaya kehidupan di kampung dan di bandar sudah berubah akibat pengaruh gaya hidup masyarakat di bandar.
Inilah kesan buruk apabila agama dipisahkan daripada kehidupan seharian. Banyak perkara yang diterapkan dalam sistem pendidikan mengasingkan antara agama dengan aspek-aspek lain.
Masih terdapat ramai pihak yang seringkali memandang segala bentuk syariat yang bersifat larangan itu sebagai perkara yang menyekat kebebasan.
Ramai yang menganggap larangan itu suatu kesalahan sedangkan di sebaliknya terdapat unsur pendidikan serta kebaikan pada jangka masa panjang.
Islam telah menggariskan beberapa bentuk pendidikan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seorang anak sejak kecil lagi dan larangan yang disyariatkan itu bersifat pencegahan.
“Selamat Hari Guru”
Cikgu Md.Shokri b Haji Ahmad Fauzi.
10 Mei 2017.
{jathumbnail off}