Home Kenyataaan Media PAS Perak

Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Perak: PAS Perak Sokong Untuk Bertanding Lebih 100 Kerusi

902
SHARE

Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Perak
PAS Perak Sokong Untuk Bertanding Lebih 100 Kerusi


1.PAS Perak menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan yang menyatakan bahawa PAS akan bertanding lebih dari 100 kerusi dalam satu sidang media yang diadakan.

2.Bilangan sebanyak 222 kerusi bagi Parlimen Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

3.PAS menjadi peneraju Gagasan Sejahtera(GS) dengan gabungan parti-parti politik, NGO serta individu tokoh masyarakat yang inginkan perubahan menyeluruh dengan menawarkan kepada masyarakat kerajaan Alternatif dengan bertanding melebihi 112 kerrusi.

4.Pendirian PAS kini telah membuktikan bawah PAS bebas dari tuduhan boneka atau hendak begabung dengan mana mana parti yang hendak menjadikan PAS sebagai batu loncatan memenuhi matlamat serta kepentingan mereka sahaja.

5.Rakyat wajar memberi peluang kepada Gagasan Sejahtera untuk menyelesaikan isu integriti yang menyumbang kepada permasalahan rakyat.

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

15 Mei 2017M bersamaan 18 Syaaban 1438H

{jathumbnail off}