KUALA TERENGGANU, 12 Jun : Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Lajnah Penerangan, Lajnah Pilihan raya dan Lajnah IT PAS Negeri serta Jabatan IT PAS Pusat (JITP) berjaya menganjurkan Jelajah Rangsangan IT (JeRIT) bertempat di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu, Kuala Ibai di sini.
Program JeRIT ini bertujuan memberi rangsangan penggunaan aplikasi ICT kepada petugas-petugas penerangan, pilihan raya dan IT diperingkat negeri, kawasan dan dun, telah dihadiri oleh 150 orang peserta mewakili seluruh 8 kawasan di Terengganu.
Program yang telah bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang untuk melatih petugas-petugas PAS di negeri ini bersedia menghadapi PRU-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Majlis perasmian JeRIT peringkat negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhyiddin Bin Abdul Rashid, Setiausaha BPPNT merangkap Pengerusi IT PAS Negeri Terengganu.
Beliau berkata, “Tujuan utama majlis kita hari ini adalah untuk mendapat sokongan pimpinan parti bagi mempersiapkan jentera pilihan raya dengan penggunaan IT”.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan raya PAS Negeri kerana sedia memberikan kerjasama dengan menghantar peserta-peserta pada hari ini yang merupakan petugas lapangan yang sebenar” tambah beliau lagi.
Program dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Tuan Haji Suhaimi Bin Embong, Pengarah JITP PAS Pusat dan Tuan Haji Nasri Mohd Zaid (Ketua Pegawai Operasi DataApps). Sesi bengkel selari Data dan Aplikasi (DataApps) dan Media Baru & Multimedia (MBMM) telah diadakan pada sebelah petang yang dikendalikan oleh pegawai IT PAS Pusat.
Program JeRIT berakhir dengan ucapan perasmian penutup oleh Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu.
{jathumbnail off}