12 Jun 2017, Miri – Kempen Daftar Pemilih dan Edaran Bubur Lambuk PAS Miri telah dijalankan seawal jam 3 petang di Bazaar Ramadhan Seberkas Miri yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS (DPPK) Miri pada Ahad lepas.
Turut hadir memeriahkan kempen tersebut ialah Ketua Pemuda DPPK Miri iaitu En Awangku Alizul Azahari bersama-sama ahli jawatankuasa DPPK Miri yang lain.
Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung bazaar Seberkas terutama pengundi Pujut yang ingin mendapat maklumat tempat mengundi mereka menjelang Pilihanraya Kecil(PRK) Pujut akan datang.
{jathumbnail off}