IBLIS MEMPERDAYA BUKAN DENGAN RUPA YANG MENAKUTKAN TETAPI DENGAN RUPA MENAWAN
Iblis dan Syaitan merupakan makhluk halus yang seringkali dibayangkan rupanya macam hantu yang buruk, menakutkan dan menyeramkan. Kalaulah syaitan datang dalam rupa yang seperti itu, adakah ramai atau sedikit yang akan ikut Iblis dan Syaitan?? Hmm. Hanya sedikit sahaja manusia yang mengikutinya.
Namun, Syaitan datang memperdaya manusia dalam bentuk bisikan angan-angan, desakan dan gesaan yang menyukakan hati manusia, lagi mengecurkan air liur. Semua itu sepadan pula dengan nafsu manusia yang sentiasa muda dan keinginan manusia yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, manusia mudah terpedaya dan jadi jahat tu. Tambahan pula, bapa kepada manusia pun pernah ditipu dan diperdaya oleh Iblis. Ini menjadikan manusia mudah diperdaya.
Ya, ia datang dalam bentuk rumah besar, kereta mewah, kedai yang luas, pangkat yang tinggi, kedudukan yang dihormati, wang yang banyak, wanita yang cantik, pujian dll. Seronok tak kalau kita dapat semua ini? Ya pastinya kita suka. Namun, kita mungkin tidak mampu untuk mendapatkan ke semua keinginan itu dan segala angan-angan kita. Bagi yang ingin menikmati juga semua keinginan itu, biarpun tidak mampu, dia sanggup menipu, mencuri, menjatuhkan orang, memberi dan menerima rasuah, membunuh orang C4, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Inilah peranan Iblis dan syaitan. Mereka melakukan kerja-kerja menyesatkan manusia ini dengan sungguh2, siang malam pagi petang. Dia memang bersumpah untuk menyesatkan manusia dan kehadirannya ke dunia ini memang untuk itu. Ini semua disebut dalam al-Quran. Ringkasnya, jangan bayangkan rupa Iblis itu buruk dan menyeramkan, tetapi ingat bahawa wajah penipu ini berpenampilan cantik dan menarik.
Iblis memperakui bahawa dia hanya surrender iaitu tidak mampu memperdaya satu kelompok sahaja iaitu hamba Allah yang ikhlas sahaja. Semoga kita tergolong dalam kumpulan ini dan kita berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan.
Dr. Muhamad Faisal
{jathumbnail off}