Home Timbalan Presiden PAS

Kenaikan yang tertangguh demi PRU14

664
SHARE

Kerisauan mendalam terhadap kemarahan rakyat yang kini semakin memuncak, kerajaan BN telah menangguhkan beberapa perlaksanaan cukai demi mendapatkan mandat baru.

Antaranya:

1. GST yang lebih meluas perlaksanaannya telah ditangguhkan. Perlaksanaan GST terhadap 60 jenis barangan makanan yang sepatutnya berlaku tahun ini telah ditangguhkan.

2. Cukai pelancongan yang meluas termasuk kepada pelancong tempatan. Kini cukai tersebut hanya dikenakan pada pelancong luar negara.

3. Kenaikan tarif elektrik yang tertangguh.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.

Di bawah sistem ini, kerajaan boleh menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Tempoh untuk pelarasan itu tamat pada 30 Jun 2017 dan kerajaan telah menangguhkan penyelarasan itu setakat ini.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2017, pungutan hasil kerajaan merosot sebanyak RM6.7 bilion daripada RM219.1 bilion kepada RM212.4 bilion bagi 2016.

Jadi tidak hairanlah mengapa wujudnya cadangan-cadangan seperti di atas daripada kerajaan BN pada tahun ini. Mekanismenya sama, iaitu ia berbentuk menghisap duit rakyat bagi meningkatkan pendapatan negara sementara kebocoran dan ketirisan terus berlaku.

Ketiga-tiga cadangan di atas datang yakni kerana kerajaan BN kekurangan dana seperti yang dirasai di semua sektor awam hari ini.

Apa yang membingungkan rakyat terutamanya kakitangan kerajaan di sektor awam yang bergelut dengan potongan bajet ialah meskipun kekurangan dana, kerajaan BN terus memberikan hadiah, yang dikatanya bukan gula-gula politik sempena PRU14.

Contohnya, pengumuman ganjaran kepada para peneroka Felda yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini dianggarkan melebihi RM1 bilion dan insentif kepada tentera, terutama kepada tak berpencen dan yang tergolong dalam kumpulan B40.

Semua ‘hadiah’ ini datang di sebalik keperluan 1MDB membayar IPIC sebanyak AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran sebelum 31 Disember 2017.

Namun, kini semua cadangan itu ditangguhkan. Ini gara-gara kerana PRU14 semakin dekat dan BN sedang bergelut untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Jika BN menang di PRU14 walaupun tidak menang undi popular, ini bermaksud rakyat telah memberikan mandat kepada cadangan-cadangan di atas dilaksanakan tanpa sekatan. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia yang belum berdaftar, daftarlah sebagai pengundi sebelum terlambat.

Dan undilah PAS dan Gagasan Sejahtera. PAS menjanjikan pentadbiran yang bersih daripada rasuah sebagaimana yang tertera di dalam laporan Ketua Audit Negara 2016, di mana Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan memperoleh markah 99.0% untuk Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 menewaskan negeri-negeri lain.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 Ogos 2017

{jathumbnail off}