10 Sept, Kuala Lumpur : Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ketika merasmikan program Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS) telah menggariskan beberapa isi penting buat pegangan seluruh muslimat.
Beliau menegaskan bahawa perjuangan dalam PAS bukan perjuangan yang kecil semata kerana PAS mempunyai lawan yang juga kuat pada zahirnya ditambah mereka sangat benci dengan kebangkitan Islam. Justeru beliau menyeru dan menggesa seluruh muslimat untuk bersungguh dalam melakukan gerak kerja pilihanraya khususnya iaitu dengan meletakkan akhirat sebagai matlamat akhir perjuangan.
“Kita tahu lawan kita kuat, tetapi usah bimbang kerana kita ada Allah Yang Maha Kuat,
Oleh itu muslimat mesti jaga hubungan dengan Allah, rapatkan hubungan dengan, meminta, merintih dan merayu kepada Allah, jauhkan diri daripada perkara yang Allah tak redha
Doa banyak-banyak semoga Allah beri kita kekuatan”
Tambah beliau, dalam doa yang diucapkan perlu jelas tentang permintaan kita,
“Sebut sungguh-sungguh dalam doa kita sasar menang 40 kerusi parlimen”.
Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua muslimat agar sentiasa patuh terhadap arahan Jemaah dan tidak sesekali memencilkan diri daripada perjuangan. Beliau juga berharap semua muslimat agar sentiasa bersemangat melaksanakan kerja hanya kerana Allah.
Di akhir program, muslimat yang hadir sempat bergambar tanda hadir ke Himpunan Fastaqim 2.0 : Hijau Menuju Kemenangan yang akan diadakan pada 29-30 September ini di Pantai Tok Jembal Kuala Nerus, Terengganu.
{jathumbnail off}