KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS (DPPNPs)
SELAMAT MAJU JAYA ATLET ANAK JATI PERLIS DI SUKAN SEA 2017
Sukan SEA merupakan kejohanan dwitahunan yang sangat berprestij di Asia Tenggara dan pastinya kesemua 11 buah negara yang bertanding akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kemenangan dalam acara yang disertai.
Kita juga menaruh keyakinan yang tinggi bahawa kontinjen negara kita berada dalam kondisi terbaik bagi mengharungi kejohanan yang berlangsung selama 16 hari ini, bermula dari 14 Ogos hingga 30 Ogos 2017.
Justeru, DPPNPs ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet negara terutamanya mereka yang merupakan anak jati Perlis iaitu Abdul Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Najmi Farizal Jazlan (hoki), Koay Hao Sheng (tenis), Jupha Somnet dan Anis Amira Rosidi (berbasikal), Mohd Safi Azrul Othman (petanque), Daeng Dhardy Dahasry (boling padang), Auni Fathiah Kamis (boling padang) dan Tengku Ahmad Tajudin (hoki).
Rakyat Perlis mendoakan kejayaan anda semua dan semoga kontinjen negara mendapat kejayaan yang cemerlang dalam temasya kali ini. Malaysia Boleh!
“MARA MENUJU CITA”
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
Nur Yusairy Bin Mansor
Naib Ketua DPPNPs
Pengarah Department of Art, Culture and Sports (DACS) Perlis
17 Ogos 2017
{jathumbnail off}