Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sukan SEA Ke-29; Selamat Berjuang Atlet Malaysia!

872
SHARE

Selepas 16 tahun, 2017 menyaksikan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah Sukan SEA. Sebanyak 11 negara bakal berentap merebut 404 pingat emas dalam 38 acara yang dipertandingkan di dalam Sukan SEA ke-29 kali ini.

Sebelum ini, Malaysia sudah menjadi tuan rumah dan berjaya mengendalikan sukan tahap global seperti Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan Sukan SEA pada tahun 2001. Pencapaian cemerlang itu diharap berulang bagi penganjuran Sukan SEA kini.

Pembukaan Sukan SEA secara rasminya akan berlansung di Stadium Bukit Jalil pada 19 Ogoa nanti. Tahun ini, sebanyak 404 pingat emas dipertandingkan sepanjang hampir 10 hari Sukan SEA berlangsung.

Penganjuran temasya Sukan SEA kali ini juga dilihat bertepatan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia buat kali ke-60 pada 31 Ogos nanti. Semangat juang para atlit semestinya dirasai seluruh rakyat Malaysia dan bakal memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.

Sempena temasya sukan ini, marilah sama-sama kita renung sejenak bagaimana garis panduan yang disediakan oleh agama. Islam cukup menggalakkan ummatnya bersukan sebagai riadhah yang menyihatkan tubuh badan, akan tetapi batas – batas tertentu perlu diikuti supaya ia bernilai ibadah di sisi Allah SWT.

Jadilah kita hambanya yang sentiasa mengamalkan gaya hidup Islam dalam apa jua tindakan. Allah SWT menjajikan kesejahteraan dan keselamatan buat hambanya yang beriman dan bertaqwa.

Justeru, Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat berjuang buat kesemua para atlet negara. Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita nyatakan sokongan padu buat pejuang tanah air.

#KL2017
#SukanSEA
#KamiSokong

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Ogos 2017
25 Zulkaedah 1438

 

{jathumbnail off}