Home Berita PAS Perak

Pembinaan Hospital: Harapan Tidak Sekadar Janji Lama Disegarkan Kembali

511
SHARE

Pembinaan Hospital: Harapan Tidak Sekadar Janji Lama Disegarkan Kembali


Hasrat kerajaan untuk menyambung semula proses pembinaan Hospital Parit Buntar yang tergendala pembinaanya walaupun diumumkan sejak tahun 2008 dan akan dimulakan kembali pembinaan bermula tahun hadapan serta dijangka siap pada tahun 2021.

Hakikatnya projek yang tergendala itu sewajarnya diselesaikan segera namun pengumuman dari Menteri Jabatan Kerjaraya (JKR) Datuk Seri Fadhillah Yusuf baru-baru ini tidak sekadar menggantikan janji yang lama.


Komitmen yang beliau berikan untuk meneruskan projek itu telah disuarakan ketika melawat tapak hospital telah memberikan harapan baru bahkan melegakan hampir 120 ribu penduduk di kawasan temapatan.

Setelah sekian lama disuarakan oleh PAS melalui Adun Titi Serong, YB Ustaz Abu bakar Hussien akhirnya telah mendapat respon positif. Pelbagai usaha telah dikerahkan bahkan pernah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kerana pembinaan itu bakal memberi manfaat kepada negeri berdekatan seperti Kedah dan Pulau Pinang .

PAS berharap pihak kerajaan mengotakan janji dengan kapasiti bilangan 200 katil sepertimana yang diumumkan dahulu bukan untuk 75 katil.

Ini disebabkan keperluan untuk menampung seramai 120 ribu penduduk memerlukan saiz yang lebih besar dan berstatus pakar.

Di samping itu pembinaan yang akan dilaksanakan ini tidak semata-semata laksana melepas batuk ditangga dan lebih kepada gula-gula pilihanraya yang sudah hampir tiba.

Biarpun dua kali pilihanraya berlalu namun perlaksanaan masih belum menjadi kenyataan dan janji yang diberikan kali ini dengan jaminaan sama tidak lewat seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya.

Rakyat terus menunggu dengan sepenuh harapan agar pembangunan hospital ini dapat direalisasikan menepati slogan janji ditepati,tiada terpinggir dan tiada yang tertinggal.

PAS Parit Buntar kesal sekiranya kerajaan hanya mudah membuat janji apabila hampir tiba setiap kali pilihanraya bahkan rakyat terus menjadi mangsa janji palsu kerajaan.

{jathumbnail off}