Datuk Ingin Ikut Cara Politik LKS.. Silakan..
1) Kenyataan ini juga menunjukkan Dato Husam telah menghina perjuangan al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) dan al Marhum Dato Ustaz Fadzil Nor (UFN). Ini kerana ketika al Marhum TGNA memimpin PAS Kelantan dan ketika al Marhum UFN memimpin PAS, mereka tidak pernah menamakan calon dan mengumumkan terlebih dahulu calon Menteri Besar Kelantan.
Pautan Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/saya-cabar-pas-namakan-calon-mb-1.696887
2) Seakan tidak percaya, hujah Dato Husam bahawa perjuangan PAS tidak jelas hanya kerana tidak mengumumkan calon menteri Besar Kelantan sejak dari dulu lagi. Tanpa disedari hujah Dato Husam ini menunjukkan bahawa perjuangan DAP di Kelantan yang paling jelas kerana PH belum beri mandat siapa bakal MB Kelantan tetapi Lim Kit Siang(LKS) sudah umum lebih awal calon MB Kelantan. Ironisnya LKS tidak pula umumkan siapa Ketua Menteri Pulau Pinang?
3) Benarkah dakwaan Dato Husam bahawa Parti Semangat 46 yang mencadangkan TGNA jadi MB Kelantan? Bukankah ia adalah cadangan dari Majlis Syura Ulama PAS atau cadangan dari PAS Pusat atau cadangan dari PAS Kelantan sendiri ? Mohon diselidik semula dengan bawaan fakta.
4) Politik umum calon MB Kelantan lebih awal sebelum PRU ini adalah politik LKS. Politik tidak umum calon MB lebih awal adalah politik TGNA, UFN, TGHH. Jika Dato Husam kagum dengan cara politik LKS. Silakan…Kami tetap mengkagumi dan ikut cara politik yang dibawa TGNA, UFN, TGHH.
Akmal Hj Kamarudin
Ketua Pemuda PAS Perak
5 Julai 2017
{jathumbnail off}